July 10
Bom?!
Oleh: Seri
Ada seorang yang anda sangat percayai, memberitahu anda bahawa ada bom di dalam rumah anda yang akan meletup pada bila-bila masa. Sedangkan di dalam rumah anda, ada ibubapa anda, adik beradik dan keluarga terdekat anda yang anda sayangi dan mereka juga menyayangi anda.
1. Buat selamba … macam tidak ada apa-apa akan berlaku.
2. Menggelabah sampai tidak tahu apa yang mesti dilakukan.
3. Menggelabah dan berusaha untuk memberitahu keluarga anda tentang bahaya yang sedang mereka hadapi walaupun apapun risikonya.Antara risiko yang anda akan hadapi ialah :
a. Anda akan dikatakan gila.
b. Anda akan dimakihamun oleh keluarga anda kerana merosakkan suasana harmoni keluarga anda.
c. Bahkan anda juga boleh dihalau dari rumah anda.
d. Bahkan anda juga boleh dibunuh oleh mereka.
Sebagai manusia yang suci fitrahnya … apakah respon yang anda harap dari keluarga anda ?
1. Mempercayai anda dan berterima kasih kerana memberitahu mereka tentang bahaya yang sedang dihadapi.
2. Mencuba untuk memastikan kebenaran berita yang anda sampaikan kepada mereka.
3. Membohongi anda dan mengatakan anda sudah gila.
Tentu … jawapan kita semua … bagi soalah pertama adalah yang ketiga … dan soalan yang kedua adalah yang pertama.
swt :
إنا أرسلنا نوحاً إلى قومه
أن أنذر قومك من قبل أن يأتيهم عذاب أليم
قال يا قوم إنى لكم نذير مبين
أن اعبدوا الله واتقوه و أطيعون
يغفرلكم من ذنوبكم و يؤخركم إلى أجل مسمى
إن أجل الله إذا جاء لا يؤخر لو كنتم تعلمون
“Sesungguhnya Kami telah utuskan Nuh kepada kaumnya dengan perintah : Berilah peringatan kepada kaummu sebelum mereka ditimpa azab yang amat pedih.
Lalu Nuh berkata : Wahai kaumku! Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul yang memberi peringatan yang amat jelas.
Hendaklah kamu menyembah Allah
, bertaqwa kepadanya dan taat kepada ku.
Necaya Dia ampunkan dosa-dosa kamu dan menangguhkan kamu hingga ke satu tempoh yang ditetapkan. Sesungguhnya ketetapan Allah
itu apabila tiba waktunya tidak akan ditangguhkan lagi jika kamu mengetahui.”
